Kelas ICT – Kuiz Microsoft Excel
4 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Excel kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Excel yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.
Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan memilih kuiz Microsoft Excel bertajuk Excel Spreadsheet Labelling. Mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft Excel iaitu dengan menandakan alatan dengan nama yang betul menggunakan template Labelled Diagram. Markah akan diberikan selepas mereka selesai memadankan perkataan dan alatan berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: